Assalamualaikum.
Apa khabar semua sihat?. Kalau sihat alhamdulillah ✌
Dunia.
Dalam hidup ini kita sentiasa di uji. Kadangkala kita berada di atas sampai terlupa Allah yang di atas sana. Kadangkala kita dibawah. Pada masa itu baru kita ingat kepada ALLAH yang berada di atas sana.
Percintaan adalah lumrah kehidupan setiap manusia. Ianya tak kira usia, paras rupa. Tetapi ianya di nilai daripada hati. Dalam percintaan juga, janganlah terlalu taksub menyayangi dia. Kerana apa dia bukan lah 100% menjadi teman sehidup kita. Tapi, kalau itu lah jodoh kita, kita rasa dia lah orangnya, berdoalah kepada Allah. Insya'allah, sejauh mana pun kita pergi, sekuat mana kita gaduh bersama pasangan kita, perasaan sayang itu masih ada dalam hati antara satu sama lain.
Jika dapat yang di inginkan jaga lah dia sebaik-baiknya. Kerana jika dia tidak lagi bersama kita, ramai lagi yang menunggu akan dirinya, yang boleh menjaganya, yang dapat menghiburkan hatinya. Hargailah orang yang selalu memikirkan tentang kau.
Dalam banyak-banyak manusia, kau kena bersyukur, setiap hari dia fikirkan pasal kau, dia doakan kau biar sihat selalu, murah rezeki, dipanjangkan umur, dia cuba pertahankan apa yang dia ada. Tapi, kau tak tak nampak. Apa yang kau nampak, silap dia. Sedangkan kau dah banyak sakitkan hati dia. Tapi, dia cuma mampu cakap "Takpe, awak jangan buat lagi ea." Kau tahu tak dia cakap macam tu sebab dia nak jaga hati kau. Kau tak tahu apa yang dia rasa,sakitnya hati dia biarlah ALLAH sahaja yang tahu. Bila dia marah, time tu kau marah dia balik. Nak tunjukkan yang diri kau tu betul. Tapi hakikatnya kau salah. Kau tak pernah nampak silap kau. Nak sedap hati kau, dia mengalah. Demi nak jaga hati kau, dia sangup cakap "Takpe wak saya yang salah, saya mintak maaf ea."
Dekat situ dah nampak banyak sabar dia dekat kau. Kau kena lah faham perasaan dia jugak. Belajarlah memahami perasaan orang lain dan hargai orang tersayang kau.
. D E A D .